KOPERASI NIAGA MAJU BERHAD
Koperasi Niaga Maju Berhad menghimpunkan usahawan dan pengilang tempatan dalam satu ekosistem sokongan berfokus kepada pemasaran, pengeluaran dan pengedaran produk IKS. Koperasi bertindak sebagai pemangkin pertumbuhan melalui pemasaran bersama, penyertaan tender kolektif, automasi ringan, dan pengukuhan jaringan perniagaan antara ahli dan rakan strategik.
Koperasi juga membangunkan Hab Produk IKS sebagai pusat operasi, jualan, latihan dan logistik melalui kerjasama strategik dengan agensi kerajaan dan rakan koperasi. Di samping itu, koperasi melaksanakan Program MY-OKU Usahawan bersama PERKESO, institusi zakat dan Kementerian Pembangunan Wanita bagi menyediakan peluang pendapatan kepada golongan rentan.

LAGU KONIMA
KEKUATAN KOPERASI
Keanggotaan terdiri daripada usahawan dan pengilang aktif dengan rangkaian produk yang pelbagai.
Model operasi yang fleksibel dan kos efektif melalui pemasaran bersama dan tender berkumpulan.
Pengalaman dalam pemasaran produk IKS dengan koperasi sebagai pusat koordinasi jualan ahli.
Kerjasama strategik dengan universiti dan institusi pendidikan melalui projek latihan dan pembangunan bakat.
Pelaksanaan projek sosial bersama agensi dan organisasi berkaitan.
Pengurusan yang komited, berpengalaman dan proaktif dalam meneroka peluang kerjasama baharu.
KENAPA SERTAI KOPERASI KAMI
PROGRAM & INISIATIF UTAMA
Hab Produk IKS: Pusat operasi yang merangkumi fungsi jualan, logistik, latihan dan koordinasi pemasaran produk ahli.
Program MY-OKU Usahawan: Inisiatif keusahawanan inklusif bagi menyediakan peluang pendapatan kepada golongan OKU melalui latihan, pembekalan kerja dan sokongan pemasaran.
Program TVET & Automasi IKS: Latihan berkaitan automasi ringan, pembungkusan dan pelabelan untuk meningkatkan produktiviti dan standard produk.
Program Pemasaran & Tender Bersepadu: Penyertaan ekspo, projek pembekalan, tender agensi dan pemasaran berkumpulan.
PRODUK & PERKHIDMATAN







JUMLAH KEANGGOTAAN KONIMA
KEANGGOTAAN
69

